Saturday, July 18, 2009

khilaf!!


AbaH????

Apa maknanya 2??

anda semua tahu apa maksudnya??

sedalam mana ianya bermakna terhadap anda??

dulu ia sebagai satu keramat bg aku...

dulu aku bangga ada abah yg kuat,tabah, & berkhidmat untuk negara tercinta...

tapi itu dulu, sekarang bagi aku ia adalah satu perkataan yg biasa tak memberi makna walaupun sedikit,,,,

kenapa abah berubah??

kenapa 'dia' mesti hadir dlm keluarga aku??

apa kurangnya keluarga yg telah di bina setelah sekian lama??

apa kurangnya ibu aku??

adakah aku yg bersalah??

tidak cukupkah dengan kehadiran aku,abang dan adik sebagai anaknya??

aku sayang dia..tp bila dia berubah aku rasa dia tak syg anak2 dan isterinya lagi...

perubahan abah semakin ketara dari hari ke hari.....

abah lebih pentingkan 'dia' dari kami...

buktinya, abah sanggup bangun dari tidur utk ambil 'dia' dari tempat kerja walaupun masa tu abah baru balik kerja...dgn senang hati tanpa merungut sedikitpun abah bangun lalu menjalankan ''tugas'' barunya..,

tapi bila aku minta pertolongan abah utk menghantar buku di sekolah, abah cakap aku ni menyusahkan,bodoh..

abah tengking aku dalam telefon...

kenapa org lain yg tak ada apa2 ikatan dgn abah,abah sanggup tolong??

sedangkan aku anak abah,darah daging abah tak boleh tolong??

rumah aku dgn sekolah taklah jauh pun..

entahlah...aku tak paham

mak sakit disebabkan abah!!!

doktor cakap mak sakit sebab tekanan daripada sekeliling..


masa mak sakit, aku sedih sangat...

namun aku terima semuanya dengan redha...

segala cerita tentang abah aku ceritakan pada ibu saudaraku..

aku pasti dia sudah lama dapat menghidu masalah keluarga kami...

manakan tidak, hubungan aku dan ibu saudaraku amat rapat...

dia menasihati aku agar tabah dan kuat demi mak dan adik...

mak....

walaupun mak luaran nampak kuat, tapi aku tahu mak sebenarnya sedih sangat dgn apa yg berlaku..

mak tetap kuat harungi penyakitnya demi anak2...

dengan perhatian dan semangat dari anak2 dan saudara2 mak aku semakin sihat..

aku syukur sangat...

TERIMA KASIH ALLAH!!!


sekarang ni aku hanya fikirkan mak....

aku tak ambil kisah dgn apa abah nak buat....

aku dah putus asa untuk mempertahankan keluarga aku.....

macam2 aku dan abang buat untk jauhkan ''dia'' dari abah....

cakap elok2 pun sudah, tapi ''dia'' masih mahu meruntuhkan rumah tangga org...

apa??tak ada org lain yang ''dia'' nak jadikan suami??

kenapa mesti abah??

tak pernahkah ''dia'' fikir tentang kami semua??

apa yg aku tahu...AKU BENCI DIA...

dia?!!

siapa dia??!!

aku tak pernah tengok dia selama ni,,

yang aku pernah dengar hanya suara dia,,

sejujurnya aku teringin hendak melihat wajah dia,,,

wajah orang yang menghancurkan hidup family aku,,,

kenapa dia msti hadir dalam keluarga aku??!!

kenapa abah yang dia pilih??

tak ada lelaki lainkah???!!


tak pernahkah dia pikir tentang perasaan anak2 abah,,

macam mana dengan isteri Abah??

pernah tak dia terpikir semua 2?!!!!!!

kenapa dia mesti ganggu suami orang??

KENAPA??!!!!!!!!!